M.A.I.D TERBITAN KAKI NOVEL : ADAPTASI DRAMA ASTRO 104 DAN MAYA HD



NOVEL MAID

Sebenarnya lama dah tunggu Novel ni di adaptadi... Akhirnya Novel ni di adatasi juga...Tahniah buat Michael Ang dan Penulis Suri Ryana
Hari ni 15/6/15 mulalah episod 1

Siapa yang belum baca boleh baca Online disini :

Baca Online Bab 1-6










SINOPSIS NOVEL M.A.I.D


Mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Noorul yang menjadi pembantu rumah di rumah mewah seorang Jurutera kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang sangat cerewet sehinggakan Noorul mengelarkannya Mr.F (jolokan untuk ‘fussy’). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk bekerja sebagai orang gaji. 



Mr.F seorang yang tidak mesra alam, suka menengking dan suka memberi arahan dengan meninggalkan nota di setiap ceruk rumahnya. Pada suatu hari Mr. F menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani untuknya, perkara tersebut merungsingkan Noorul kerana dia tidak tahu memasak. Oleh itu, Noorul nekad untuk belajar memasak dengan menghadiri kelas memasak Chef Aidil. Lama-kelamaan mereka mula mengenali, Noorul mula jatuh cinta dengan majikannya.



Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa bernikah untuk menutup malu dan mahu menjaga reputasi perniagaan keluarga Tan Sri dan Puan Sri. Noorul yang memendam perasaan cintanya kepada Mr.F mula gusar bolehkah dia menerimnya sebagai isteri. Dalam masa yang sama, mereka tertanya-tanya siapakan dalang disebalik menyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Ayda jebat sebagai Noorul




Zul Ariffin sebagai MR.F/Harris





JUDUL : M.A.I.D


TARIKH / MASA : Mulai 15 Jun 2015, Isnin-Jumaat (10malam)
SIARAN : Astro Ria (104) & Ria HD (123).
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Darkwave Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda jebat, Nina Nadira, Tasha Shilla, Nina Juren, Nina Nadira, Eizlan Yusof, Hefny Sahad, Mak Wan Latah


WATAK PELAKON
Ayda jebat sebagai Noorul
Zul Ariffin sebagai MR.F/Harris
Nina Nadira Naharuddin sebagai Iman
Tasha Shilla Razak sebagai Elisa
Nina Juren sebagai Puan Sri Kirana
Nina Nadira sebagai Zaura
Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Hamdan
Hefny Sahad sebagai Haikal






Sempat bergambar dengan Suri Ryana yang comel Pada sesi tandatangan novel terbaru beliau iaitu Kimchi Untuk Awak!
 PBAKL 2015 di PWTC.


Penyumbang : [infotaip.blogspot.com]


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. kenal di bonde di EFG dgn novel tak terpisah..pcl kagum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he he ulat buku x boleh putus stok buku lah PCL.... :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Efa Novel mmg best...
      Non stop baca sweet sgt...

      Padam
  3. penulis dia secomel ayda jebat heheheh

    BalasPadam
  4. Bonde dan novel ibarat irama dan lagu..best jer cter ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika tiada pincanglah ia...
      He he he Lya :)

      Padam
  5. lela ad novel nii . penulis dye lawa lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suri Ryana mmg Cantik Orangnye
      Lela novel di bestkan... kita tonton adaptasi lak he he he

      Padam
  6. Ala...SA lom beli lg novel ni...ari tu ada nampak

    BalasPadam
  7. novel dan bonda dan event novel berpisah tiada...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.